PENULIS SEPI

Terima Kasih sudi datang ke ruangan yang serba kekurangan ini. Maaf jika apa yang ada ini terlalu rendah nilainya di benak fikiran kamu. Aku hanya insan biasa yang masih mencari sedikit ilmu untuk diisi di ruangan yang lapang ini. Aku tidak sehebat insan-insan di luar sana. Apa yang aku ada, inilah yang aku mampu kongsikan kepada kamu. "Ketika kita ikhlas dan bersyukur dengan semua yang diberikan, Allah akan memberikan ketenangan yang luar biasa pada hati kita. Sesungguhnya sesudah kesulitan pasti ada kemudahan dan DIA akan memberikan jalan yang terbaik. Yakinlah bahawa rencana Allah itu lebih baik."

iklan

Sunday, September 16, 2012

AKU MEMANG SUKA TENGOK BABY SEKARANG NI

sejak aku dah meningkat dewasa ni,, aku memang suka tengok baby, kanak-kanak yang ada kat mana-mana jela.. lebih lebih lagi, kalau baby/kanak-kanak tu nampak bersih, comel...tapi, setiap baby ni akan nampak comel kalau di jaga dengan rapi kan? hehe. kalau dulu, waktu aku kecik-kecik,, memang tak suka sangat baby ni.. kalau suka pun, adik aku je la... tak suka bukan bermakna benci.. maksudnya, kalau nampak baby ni, malas je la nak ambik tahu.. nak tengok comel ke tidak pun dah malas nak ambik tau..

sekarang ni, bila dah dewasa kalau nampak je baby / kanak-kanak ni, hati terus jadi tertarik nak tengok.kadang-kadang dalam hati tu doakan agar mereka ni jadi anak yang soleh dan solehah. kadang-kadang ada jugak doa, agar suatu hari nanti,, lepas je aku dah nikah dengan jejak yang nama sekian sekian ni, mohon Allah bagi anugerah anak yang comel-comel cam tu.. hahaha...

tapi, satu yang aku pelik, sekarang ni, ramai yang duk buang anak merata. yang ada anak pun, duk pukul-pukul sampai teruk sekali.. macam mana semua ni boelh berlaku. adakah dalam diri kita tu dah tak de kesedaran tentang kasih sayang kita pada mereka.. yang jadi pengasuh pulak tak kurangnya duk pukul anak orang.. kalau dah rasa diri tak layak jadi pengasuh, jangan duk jadi la.. cari je kerja lain. buat kerja mestilah ikhlas.. dari keikhlasan tu laa datangnya keberkatan dari Allah untuk kita. betul tak? yang ibu bapa duk buang atau dera anak ni pulak,, kalau da rasa tak nak anak tu, tak payah lah duk pandai buat. 

aku duk membebel ni, bukan kerana aku terlalu bagus. masa depan aku pun tak tau lagi cam mana. cuma, kadang-kadang semua ni jadi peringatan untuk aku dan korang semua.. setiap insan yang Tuhan kurniakan pada kita tu, adalah satu anugerah yang tak boleh kita caci. sebaiknya kita kena jaga. baik kawan, mak bapak, anak-anak, kekasih, pakwe makwe dan sebagainya.


2 comments:

  1. sama dengan saya...2 3 hari nie saya suka tengok baby dan rasa rindu pulak nak ada bby dekat rumah...^_^...

    ReplyDelete
  2. betul tuh. huhuhu rasa nak amek anak angkat jer huhuhu

    ReplyDelete