PENULIS SEPI

Terima Kasih sudi datang ke ruangan yang serba kekurangan ini. Maaf jika apa yang ada ini terlalu rendah nilainya di benak fikiran kamu. Aku hanya insan biasa yang masih mencari sedikit ilmu untuk diisi di ruangan yang lapang ini. Aku tidak sehebat insan-insan di luar sana. Apa yang aku ada, inilah yang aku mampu kongsikan kepada kamu. "Ketika kita ikhlas dan bersyukur dengan semua yang diberikan, Allah akan memberikan ketenangan yang luar biasa pada hati kita. Sesungguhnya sesudah kesulitan pasti ada kemudahan dan DIA akan memberikan jalan yang terbaik. Yakinlah bahawa rencana Allah itu lebih baik."

iklan

Saturday, August 18, 2012

Lembu Menguji Kesabaran

Salam Ramadhan..

Esok dah nak raya ek? hehe.. baju raya berapa pasang. esok pagi masak apa ni?

kat rumah aku akan ada nasi beriani, sate dan nasi impit esok.hehe. pagi tadi, keluar nak pergi beli daging. memang mencabar betul tengok kat pasar, ramai orang. lepas tu, cari kat tempat lain. jauh dah perjalanan, memang tak jumpa orang jual daging. tempat biasa-biasa yang ada jual daging pun dah tak de. susah jugak nak dapat kan daging. kemudian, ambik keputusan untuk berpatah balik pergi pasar. 

sampai kat pasar, beli ayam dua ekor dan beberapa lagi bahan lain seperti nenas dan sebagainya. kemudian pergi di gerai jual daging. waktu pergi tu, panjang gila barisan, gerai tu belum lagi buka. join sekali laa beratur, memang dah duduk tahap belakang laa kot. kat depan tu, ada la dalam 30-50 orang kot. selepas 30 minit beratur, datang la pak cik jual daging tu..

setelah 2jam beratur, belum jugak dapat turn nak beli nih. memang dah risau takut tak sempat.huhu.. kemudian, sambung je beratur.

sekarang jam dah menunjukkan 1petang. belum jugak dapat. ada 2 orang lagi kat depan ni. setelah beberapa minit, sampailah giliran aku pulak. hehe.. tiba-tiba...........

pak cik tu cakap
"daging dah habis......"

emmmmmmmmmmmmmmm.... padan muka!!!!..haha




1 comment:

  1. Semua orang nak beli daging waktu yang sama..........

    ReplyDelete