iklan

Ayat Cinta

Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Az-Zumar:53)

Tuesday, August 14, 2012

Kadang-kadang kita terpaksa berkorban..

Salam Ramadhan...

Dah lama tak update blog ni. sibuk sikit... sikit ke? boleh laa ek.. nak buat macam mana kan.. banyak perkara lagi nak di selesaikan ni. kalau di senaraikan,, penat je korang baca nanti. hehe. kadang-kadang kita kena korbankan sesuatu yang kita suka, yang kita sayang... untuk mendapatkan sesuatu yang lebih berharga dalam hidup kita. tapi, bekorban tu, bukan bermakna, kita campakkan sesuatu dan kita biarkan ianya walhal dalam masa yang sama kita mencari keseronokan pada sesuatu untuk memuaskan hati kita. kena faham lah ye maksud tu.hehe

Bulan Puasa ni, jarang sangat nak update blog. Satu perkara kerana malas. hehe. keduanya, banyak kerja kena buat. semalam pun, satu malam dah tak tidur. siapkan kerja-kerja yang patut untuk mencapai sesuatu yang lebih berharga,, iaitu kejayaan.. em, kejayaan kita ni penting. untuk bahagiakan hati mak ayah dan kejayaan tu jugakla, akan kita gunakan.. jadi, nak tak nak,, kita kena berusaha sampailah kita berjaya. Untuk berjaya ni, kita kena berkorban. korbankan kita punya masa, tenaga. kadang-kadang kita perlu korban tidur, makan kita untuk sesuatu yang lebih bermakna dalam hidup kita ni. semua orang suka tidur.. kan? betul tak? kadang-kadang untuk beberapa kerja, kita kena jugak korbankan tidur kita ni.

Untuk orang yang kita sayang pulak,, pun kita kena korbankan. banyak perkara yang perlu kita buat, untuk mereka bahagia dan senang dengan kita. tapi, antara yang paling banyak berkorban untuk kita siapa? siapa ek?

em, sudah tentulah mak ayah kita. terlalu banyak pengorbanan diaorang pada kita. Jadi ingat, jangan kita lupakan diaorang. korban ni, memang penat, susah dan letih. tapi, hasilnya insyaAllah akan membuatkan kita bahagia.. betul tak?  tak de orang yang suka untuk berkorban. tapi, pengorbanan itu perlu. dalam kesulitan pasti ada kesenangannya. dan dalam keperitan pasti ada kebahagiaannya.. kan? betul tak ni? hee~


 

2 comments:

  1. pengorbanan yang tidak terhingga sebenanrnyaaa hukhukhuk

    ReplyDelete
  2. walau berkorban, tetaplah blogging di bulan puasa wahai kawan. :)

    ReplyDelete