Ayat Cinta

Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Az-Zumar:53)

Wednesday, June 3, 2015

'Bila Kau Buat Silap'

Bila kau buat silap dan kau menyesal, itu tandanya masih ada lintasan hidayah yang Allah bagi kat hati kau. Bila kau buat silap dan kau nak bangun mengejar Allah, ni memang tanda Allah sayangkan kau. Kau kan tahu. Hati kau, Allah yang pegang. Bila Dia yang pegang, Jadi setiap kebaikan yang Allah hadirkan di hati kau, semua adalah kerana Dia nak kau dekat dengan Dia.

Jangan putus asa bila Allah uji kau dengan berbuat dosa besar atau kecik. Kalau masih berulang lagi dosa tu lepas kau bangkit, maka kau juga perlu ulang kembali kebangkitan kau. Semangat jangan lembik. Syurga Allah bukan untuk orang yang lembik. Yang mudah kalah dengan nafsu dan syaitan. 

Pedulikan apa kata orang. Orang ramai hanya tau buat kesimpulan yang tak berasas. Tapi itu hak dia. Pedulikan. 

Kau harus bersyukur, bila kau jatuh dalm dosa maksiat, tapi kau bangkit. Allah sedang bantu kau dan kau sedang berusaha bantu diri kau. KAu tahu?

Masih ramai orang diluar sana. Mereka jatuh dalam dosa maksiat. Tapi, mereka tak  mampu bangkit. Mereka terus hanyut. Mereka putus asa. 

Dan untuk kau yang pernah buat silap, bangkitlah sekarang. teruskan bangkit. Satu usaha kau, takkan sia-sia. Bersungguh-sungguhlah untuk bangkit. Kau insan bertuah. Insan terpilih dan kau insan yang dipilih untuk mengenal dan mencintai Allah swt dan agama Nya.

Sama-sama kita berjalan. Andai tidak mampu merangkaklah menuju ke arah pencipta kita. Hidup ini sementara saje. Rugi andai di uji dengan dosa, tapi di sia-siakan untuk tidak bertaubat dan memohon ampun.

Wassalam~

'Mengata Orang, Dia Yang Lebih'

'Mengata Orang, Dia Yang Lebih'

Adakalanya kau sibuk sangat mengata orang lain. Apa yang jadi perangai buruk orang, memang suka sangat kau bercerita, mencanang cerita tu. Kadang-kadang apa yang kau cerita tu bukan sekadar untuk luahkan rasa geram.

Malah cerita tu dah jadi bahan untuk kau buat ketupat. Bila habis jer cerita. Lega betul rasanya. Puas hati kau. Tu lah sikap kau sebagai manusia ni. Maklum lah, setan tengah suka mengusik jiwa dan minda.

Hey! Dalam pada itu, kau kena beringat juga sambil bercerita. Kalau kau cerita saje, tapi tak ambik peringatan, tak ambik ibrah, memang padah sedang menanti. Kau takkan bertahan lama. Perkara sama akan berbalik pada kau nanti. Tak percaya?

Cuba kau imbau jap. Dalam berapa bulan atau minggu lalu, kau pernah tak mengata pada sesiapa. Lepas geram kau. Pernah?

Cuba kau tengok hari ini, kau ada tak sikap macam diaorang tu, yang sedang berpucuk pada kau?

Kalau kau bercerita tentang orang lain, berpada pada lah. Cukup sekadar luahan hati kau. Dan ambik pengajaran untuk diri kau jugak. 

Tepuk dahi sendiri lah kau. Tutup sikit aib orang tu. Jangan suka canang cerita kelemahan orang. Jangan tengok koyak kat baju orang, takot koyak kat baju kau lebih besar dari orang. Malu nanti..

Pesanan aku ni, bukann untuk kau je. Tapi untuk aku jugak..

Wassalam~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...